Sunday, December 2, 2012

Untungnya Muslimah !

Assalamualaikum w.b.t.

Entry aku pada kali ini amat dekat dengan jiwa kaum HAWA. Entry “Untungnya Muslimah” ini berkisar dengan kelebihan-kelebihan yang Allah s.w.t kurniakan kepada semua insan yang bergelar ‘MUSLIMAH’. Mudah-mudahan entry ini dapat meningkatkan semangat kaum hawa untuk beribadah kepada Yang Maha Esa dan berjihad pada jalan-Nya. Amin. Insyaallah, dengan izin-Nya.



MUSLIMAH ITU.....
Ketika hayatnya sebagai anak, dia membuka pintu syurga untuk ayahnya. Ketika hayatnya sebagai seorang isteri, dia menyempurnakan agama suaminya. Ketika hayatnya sebagai seorang ibu, syurga di bawah telapak kakinya. Jika setiap orang tahu status sebagai seorang wanita dalam Islam, mesti lelaki juga mahu menjadi wanita. - Sheikh Akram Nadawi

Wahai muslimah, hargailah diri anda kerna dirimu begitu berharga. Adakah muslimah sekalian tahu yang diri anda tersangat istimewa dan berharga? Hah ! Sini Sofiya nak habaq sikit antara keistimewaan seorang ‘MUSLIMAH ITU’?

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lau, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca " Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah." Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
9. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
10. Dari 'Aisyah r.ha. " Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
15. 'Aisyah r.ha. berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah SWT mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
Wahai Muslimah sekalian,
Apabila waktu engkau merungut tidak suka melabuhkan pakaian kerana panas hidup di garis khatulistiwa. Aku hairan. Apabila waktu engkau tidak suka memakai stoking kerana takut basah terkena air. Aku hairan. Apabila ditegur bahawa bahayanya penangan manis mulut seorang lelaki dan engkau endahkan. Aku hairan. Adakah anda tahu yang diri anda sungguh istimewa? Ketahuilah kaum Adam sangat cemburu akan dirimu, wahai Hawa.
Wahai Muslimah sekalian,
Ketahuilah satu hal yang sangat istimewa yang ada dalam diri seorang hawa itu adalah aktifnya kilang air mata. Ketika mana datangnya satu scene dalam kehidupannya itu menyentuh hatinya yang dalam, tangisan itu tidak putus-putus dirembes. Merembes perlahan-lahan tanpa ditahan walaupun cuma hilangnya sebatang pen. Menangis kerana menonton drama-drama yang menyayat hati....hihihi. Menangis kerana memperoleh keputusan peperiksaan yang membahagiakan ibu bapanya.
Pendek kata, sedih menangis, gembira pun menangis.
Mudahnya, mereka menangis. Senangnya perempuan menangis. Beruntung kerana menangis itu bisa membuat taubat di hamparan sejadah itu lebih terisi. Meratap dosa silam dan mengenang kesalah kelam. Hati mereka lembut lalu tumpah ke telekung. Istimewanya perempuan kerana mempunyai kelebihan sebegini.

Wahai Muslimah sekalian, 
Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara' (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka, maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita. - (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Walaupun wanita itu ramai tempatnya di neraka, namun manusia yang terakir keluar dari neraka dan manusia yang terakhir masuk ke syurga ialah jantina yang bernama lelaki.

Abdullah bin Mas'ud r.a katanya : Rasulullah SAW bersabda :

Sesungguhnya aku benar-benar tahu ahli Neraka yang terakhir keluar dari sana dan ahli Syurga yang terakhir masuk ke Syurga iaitu seseorang yang keluar dari Neraka secara merangkak lalu Allah Taala berfirman kepadanya: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah pun dipenuhi. Oleh itu, dia kembali dan berkata:
Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu, namun ianya telah penuh. Allah Taala berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah dipenuhi lalu kembali semula dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu tetapi ianya telah penuh.
Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga kerana sesungguhnya ianya untukmu seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya atau sesunggunhnya ianya bagimu sepuluh kali ganda dunia. Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja?
Maka Abdullah bin Mas'ud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah SAW tertawa sehingga ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya.

(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)
sumber : manusia yang terakhir masuk ke syurga

sumber : iluvislam.com 

Ketahuilah, muslimah itu sangat berharga. Mereka mudah menangis jika mahu meluahkan perasaan yang terpendam. Bersyukurlah dengan kurniaan Allah SWT kepada kita semua. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, semuanya mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.
Hah ! Melalui penceritaan dan perkongsian di atas dapat aku simpulkan bahawa Untungnya Muslimah itu kan.....hihihi

Untungnya Muslimah !
Ok rasanya sampai sini sahaja entry aku pada kali ini. Insyaallah jika ada kelapangan, aku akan cuba post lagi entry yang menarik sebagai perkongsian.

Thank you for reading this entry ! Last but not least, "Love for ALL, Hatred for NONE".

1 comment:

  1. Casino, Restaurants - JamBase
    This 여주 출장마사지 is a well known 경상북도 출장샵 American-style restaurant. Located in 남양주 출장안마 North Carolina, Casino, Food Court, Casino, Poker Room, 청주 출장안마 and Table Games. The place features 전라북도 출장마사지 all

    ReplyDelete